Wednesday 27 March 2013

Review: XPDC Gunung Chabang Tiga



Jumaat

Kami berkumpul di stesen KTM (Keretaapi Tanah Melayu) Kempas lebih kurang pukul 9 pagi. Kami dijadualkan bertolak pada pukul 9 setengah tetapi terdapat sedikit kelewatan dan kereta api  hanya bergerak lebih kurang pukul 10 pagi. Kami tiba di KTM Labis lebih kurang pukul 12 tengah hari. Kami makan tengah hari di Pekan Labis sebelum memulakan perjalanan ke Kg Tenang. Kami memulakan misi menawan puncak Gunung Cabang Tiga disimpang perkuburan Islam Kg Tenang. Tepat pukul 4 petang, kami memulakan perjalananmemasuki Hutan Simpanan Kekal Labis. Lebih kurang satu jam perjalanan, kami berehat dan menukar kasut dan pakaian yang lebih sesuai sebelum meneruskan perjalanan meredah Hutan Simpanan Kekal Labis. Lebih kurang pukul 7, kami berhenti di satu kawasan lapang berhampiran dengan air terjun dan bermalam di situ. Kami tidak di nasihatkan untuk berjalan malam atas faktor-faktor keselamatan.




Sabtu

Lebih kurang pukul 8 setengah pagi, kami memulakan perjalanan untuk meredah Hutan Simpanan Kekal Labis sebelum sampai di kaki Gunung Cabang Tiga, dimana di kaki gunung ini jugalah merupakan waterpoint yang terakhir. Perjalanan kali ini memakan masa agak lama keranan trek agak kabur dan sukar untuk di lihat. Jadi terpaksalah guider kami menebas semak dan pokok yang menghalang jalan untuk kami sampai ke destinasi yang di tuju. Kami tiba di kaki gunung atau waterpoint yang terakhir lebih kurang pukul 4 dan disini barulah bermula pendakian sebenar untuk ke puncak Gunung Cabang Tiga. Keadaan trek yang kering sedikit sebanyak membantu pendakian kami menjadi lebih mudah. Kami tiba di puncak Gunung Cabang Tiga lebih kurang pukul 6 lebih dan orang terakhir yang tiba di puncak lebih kurang pukul 7 malam. Dari atas puncak, anda dapat melihat Gunung Besar yang terletak bersebelahan dengan Gunung Cabang Tiga, Gunung Ledang dan beberapa gunung lain. Kami bermalam di puncak Gunung Cabang Tiga.






Ahad

Kami memulakan perjalanan turun dari puncak Gunung Cabang Tiga seawall pukul 7 pagi. Hasrat untuk menawan Gunung Besar tidak kesampaian keranan kami kesuntukan masa dan diikutkan perancangan awal, kami perlu bergerak dari puncak Gunung Cabang Tiga seawal pukul 5 pagi tetapi disebabkan terdapat sedikit masalah teknikal kami tidak dapat menawan puncak Gunung Besar. Dengan masa yang ada, kami terus menuruni Gunung Cabang Tiga dan tiba di kaki gunung lebih kurang pukul 10 pagi. Di kaki gunung, kami makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan meredah Hutan Simpanan Kekal Labis. Kami keluar dari Hutan Simpanan Kekal Labis dan tiba di Kg Tenang lebih kurang pukul 2 petang.



Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kami tetap berpuas hati dengan ekspedisi ini kerana Berjaya menawan puncak Gunung Cabang Tiga walaupun pada awalnya perancangan kami adalah untuk menawan puncak Gunung Cabang Tiga dan Gunung Besar. Ekspedisi kali ini tetap di kalsifikasikan Berjaya walaupun sedikit lari dari perancangan awal.


p/s: untuk melihat gambar-gambar lain,anda boleh klik di Galeri.